KEMAS GOPENG

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami dari KEMAS Gopeng mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang beragama Islam

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis ini telah dilaksanakan di Pusat Kegiatan Masyarakat Gopeng yang dianjurkan oleh Bahagian Bina Insan Parlimen Gopeng iaitu Puan Norhashima binti Tarmiji Penyelia Bina Insan Parlimen Gopeng.

Bantuan Sara Hidup Sempena Hari Raya Aidilfitri

Anggota Jabatan Kemas Gopeng memberi sumbangan berupa makanan kering bagi meringankan bebanan keluarga Miskin di Parlimen Gopeng.

Mendekati Masalah Rakyat

Puan Zalina binti Zainal Abidin Pegawai Daerah KEMAS Kinta turut serta turun ke padang untuk sama - sama mendengar rintihan masalah Rakyat dan memberi sumbangan Kotak Makanan kepada Golongan Miskin di Kampung Simpang Pulai.

Bengkel ICT Pemaju Masyarakat KEMAS Negeri Perak

Bengkel ini diadakan bagi meningkat kecekapan pemaju masyarakat KEMAS di setiap Parlimen di Negeri Perak.

Tuesday 1 April 2014

Perasmian Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Gopeng oleh D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 18/06/2011

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Gopeng di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah akan mengadakan Majlis Perasmian Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Gopeng pada 18 Jun 2011. Perasmian akan di lakukan oleh D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.








JASAMU DIKENANG...

 Pada 21 Feb 2014yang lalu, telah diadakan satu majlis perjumpaan anggota KEMAS Kinta & Kampar bersama pengarah dan majlis perpisahan Pn. Zalina Binti Zainal Abidin PKD Kinta bertempat di Hotel Herritage. Beliau telah berkhidmat sebagai PKD KEMAS Daerah Kinta/Kampar dari tahun 2011 hingga awal tahun 2014. Beliau telah dinaikkan pangkat dan bertugas di Ibu Pejabat Putrajaya dalam Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat-BPM.




Wednesday 12 September 2012

Aidilfitri Merdeka Raya 11/9/2012 bersama Jabatan-jabatan dan Masyarakat

Sambutan Aidilfitri Merdeka Raya pada 11/9/2012 bersama Jabatan -jabatan dan Masyarakat di parlimen Gopeng.Anjuran KEMAS & Akademi Kulinari dan Jahitan parlimen Gopeng












Sunday 2 September 2012

Website KEMAS Perak

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak. Transformasi teknologi berlaku dengan pantas seiring dengan kemajuan negara. KEMAS tidak ketinggalan dalam mengorak langkah untuk terus bergerak dalam era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membudayakan ICT 
Sejajar dengan penggunaan teknologi maklumat yang semakin luas, laman web telah membuka ruang baru untuk dijadikan saluran alternatif kepada semua golongan masyarakat. KEMAS telah mengambil inisiatif ini sebagai salah satu cara komunikasi dua hala antara KEMAS dan masyarakat dalam menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat.
di negara ini.  <<Klik Untuk Ke Website KEMAS Perak>>

Tuesday 28 August 2012

Bantuan Sara Hidup

Dalam keseronokan menyambut Hari Raya Aidilfitri masih ada lagi yang perlu di beri petolongan kali ini kami Anggota KEMAS turut turun kepadang bagi menyampaikan bantuan sara hidup kepada yang memerlukan bantuan agar dapat mengurangkan bebanan keluarga miskin di sekitar Parlimen Gopeng.

Majlis Berkhatam Al-Quran

Majlis Khatam Al-Quram ini diadakan di KEMAS Gopeng yang telah di rancangan oleh Penyelia Bina Insan Parlimen Gopeng iaitu Ustazah Norhashima Tamiji. Seramai 100 peserta dari Kelas Bina Insan seluruh Gopeng telah hadir bagi sama - sama menjayakan Majlis ini. Majlis ini di ketua oleh Ustaz Nabawi Pegawai KEMAS Puterajaya Bahagian Bina Ehsan turut hadir Penolong Pengarah Operasi 2 En. Hussin bin Sidek dan Pegawai KEMAS Daerah KINTA Puan Zalina binti Zainal Abidin.