2014 ~ KEMAS GOPENG

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami dari KEMAS Gopeng mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang beragama Islam

Majlis Khatam Al-Quran

Majlis ini telah dilaksanakan di Pusat Kegiatan Masyarakat Gopeng yang dianjurkan oleh Bahagian Bina Insan Parlimen Gopeng iaitu Puan Norhashima binti Tarmiji Penyelia Bina Insan Parlimen Gopeng.

Bantuan Sara Hidup Sempena Hari Raya Aidilfitri

Anggota Jabatan Kemas Gopeng memberi sumbangan berupa makanan kering bagi meringankan bebanan keluarga Miskin di Parlimen Gopeng.

Mendekati Masalah Rakyat

Puan Zalina binti Zainal Abidin Pegawai Daerah KEMAS Kinta turut serta turun ke padang untuk sama - sama mendengar rintihan masalah Rakyat dan memberi sumbangan Kotak Makanan kepada Golongan Miskin di Kampung Simpang Pulai.

Bengkel ICT Pemaju Masyarakat KEMAS Negeri Perak

Bengkel ini diadakan bagi meningkat kecekapan pemaju masyarakat KEMAS di setiap Parlimen di Negeri Perak.

Tuesday 1 April 2014

Perasmian Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Gopeng oleh D.Y.M.M Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan 18/06/2011

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Gopeng di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah akan mengadakan Majlis Perasmian Pusat Kegiatan Masyarakat (KEMAS) Gopeng pada 18 Jun 2011. Perasmian akan di lakukan oleh D.Y.M.M. Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.








JASAMU DIKENANG...

 Pada 21 Feb 2014yang lalu, telah diadakan satu majlis perjumpaan anggota KEMAS Kinta & Kampar bersama pengarah dan majlis perpisahan Pn. Zalina Binti Zainal Abidin PKD Kinta bertempat di Hotel Herritage. Beliau telah berkhidmat sebagai PKD KEMAS Daerah Kinta/Kampar dari tahun 2011 hingga awal tahun 2014. Beliau telah dinaikkan pangkat dan bertugas di Ibu Pejabat Putrajaya dalam Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat-BPM.